Friday 19 April 2024

5 Tips Menyimpan Duit Untuk Travel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Disebabkan mood nak menulis kisah travel belum ada lagi mungkin asbab baru balik dari Central Asia awal minggu baru ini. Maka meh la kita tulis sesuatu yang boleh siap dalam lingkungan satu jam penulisan. Dan disebabkan ada beberapa soalan berkenaan tajuk ini telah diajukan maka aku pun decide nak update cara aku menyimpan duit untuk travel.

Menabung Serendah RM1.00

Percaya atau tidak tanpa RM1.00 tak akan cukup satu juta pada RM999,999.00 dan pada pepatah lain mulakanlah satu langkah pertama untuk kita lihat 10 langkah kehadapan. Maka di situlah aku percaya walau kita menyimpan RM1.00 ia tetap memberi kita satu amount di masa hadapan.

Disebabkan aku suka travel maka masalah utama pada aku adalah duit. So antara cara nak kumpul duit adalah dengan memulakan menabung serendah RM1.00 setiap bulan. Dan aku menyimpan setiap satu helai duit kertas iaitu RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 setiap bulan dengan jumlah RM186.00. Dan darab 12 bulan (setahun) = RM2,232.00.

First thing bila dapat gaji setiap bulan memang aku akan asingkan siap-siap this part of saving and kena make sure simpan di tempat yang bukan kita boleh terpakai termasuklah bukan dalam akuan bank. Dan simpanan ini aku akan guna untuk travel di tahun hadapannya. Dan pada ada waktu yang aku kurang berkemampuan maka aku akan kurangkan menyimpan mana jumlah yang tak nak aku simpan. Contoh bulan ni aku tak simpan note RM20 dengan RM100.

Main Kutu

Satu faktor susahnya nak menyimpan adalah Displin terhadap diri sendiri. Maka cara paling mudah nak menyimpan duit adalah bermain kutu. Di tempat aku bekerja kami ada main kutu yang incharge dia adalah akak senior seorang tu. Alasan dia kenapa dia nak buat kutu ni sebab nak elak ada staf yang tak cukup duit sehingga meminjam dari staf yang lain. 

Aku suka main kutu ni sebab kita "Give and Forget". Tau tau jer dah bila sampai turn kita memang happy jer kan hihii. Dan menjadi kebiasaan aku untuk amik turn paling last sekali. Walau amount yang kami main adalah agak rendah iaitu RM100.00 sebulan tapi setiap kali rotation yang pada kebiasaan kami main 12-14 orang. Maka dapatlah RM1,200- RM1,400.00 pada hujung atau awal tahun.

Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Aku just nak share satu teknik nak menyimpan dengan cepat. Dan teknik ini di ajar sendiri oleh pakcik dua pupu from my wife side which is my mother in law punya dua pupu yang tinggal di Perak. Dan alhamdulillah aku follow teknik dia so far memang berkesan. Okay pada yang boleh buat loan ASB RM50-100k tu. Make sure u all jangan buat under satu loan. 

Contoh : If you boleh buat loan ASB RM70k maka pecahkan kepada beberapa account ASB contoh RM10k + RM10k + RM10k + RM10k + RM15k + RM15k (Total RM70k). So apa kelebihan dan kebaikannya? Apabila kita dapat dividen contoh 5% setahun dan jumlah ASB kita adalah RM70k maka dividen yang kita dapat adalah RM3,500.00 setahun. 

Selepas 3 tahun jumlah dividen yang kita dapat adalah RM10,500.00 (sekiranya kekal 5% dividen setahun) maka guna dividen RM10,000.00 itu untuk bayar full settlement satu loan ASB yang berharga RM10k tu. Oleh itu kita dah ada cash RM10k di ASB dan loan kita dah berkurang dari RM70k kepada hanya RM60k sahaja. Termasuklah commitment bayaran bulanan juga telah berkurangan.

Dan bayangkan jika anda mampu buat loan ASB sehingga RM200k maka setiap tahun anda boleh guna dividen untuk buat full settlement (buang) satu loan ASB berharga RM10k. Dan dalam masa 10 tahun anda dah boleh ada RM100k cash di dalam ASB. Mungkin akan ada sedikit rugi dengan dividen yang tak menentu. Tapi boleh ke anda simpan RM10k dalam masa 3 tahun (untuk RM70k ASB) atau RM100k dalam masa 10 tahun (untuk RM200k ASB) ?

Dan yang lebih pasti setiap loan ASB yang kita buat full settlement tu maka setiap tahun monthly commitment kita akan berkurang. Bayangkan anda buat loan ASB RM200k untuk 20 - 23 tahun lama nya dan bayaran setiap bulan adalah sama apatah lagi bila BLR sekarang ni asyik naik maka monthly commitment pun naik. Tapi dengan teknik ini selepas 10 tahun loan RM200k hanya menjadi RM100k bermakna monthly commitment pun berkurang separuh dan kita dah ada RM100k cash dalam ASB.

Korang boleh faham kan? kalau tak faham boleh belanja coffee nanti aku explain lagi detail hahahaha :D

To Be Continue Part 2 Insyallah - Asalnya nak buat 10 Tips Menyimpan.. Tapi nantilah sambung next entry. Kalau rasa entry ini berguna dan bermanfaat sila comment di bawah yer. Dan mungkin korang boleh beri pandangan atas tips yang aku share ni :D

Wednesday 17 April 2024

Sambutan Aidilfitri Dari Central Asia Pulang Ke Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Salam Perantauan Aidilfitri Untuk Semua dari Kyrgyzstan

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur pada rahmat Ilahi.. Kembali kami sekeluarga pulang ke tanah air dengan selamat setelah berkelana secara backpack selama 11 hari termasuk waktu penerbangan. Walau ini pertama kali bawa kesemua 4 orang anak yang masih kecil untuk backpack jauh dari Malaysia dengan keadaan cuaca yang berbeza, bahasa dan makanan yang juga berbeza. Alhamdulillah kami berjaya harungi dengan jayanya :D

Hazrati Imam Complex at Tashkent Uzbekistan. Di sini tersimpannya Al Quran berdarah yang dibaca oleh Khalifah Usman Bin Affan r.a ketika beliau syahid dibunuh 1400  tahun yang lalu.
Namun jika ditanya adakah akan bawa anak-anak yang masih kecil ini untuk mengembara secara backpack lagi? Jawapan mudah aku adalah NO!!!. Tak akan bawa mereka lagi untuk travel secara backpack lagi.. Unless jika mereka dah besar sedikit, mungkin lagi 5-7 tahun dari sekarang. Tahap kesabaran aku dengan wife sebagai mak ayah bila travel dengan mereka ni hanya Allah sahaja yang tahu hihii. 

Statue Alisher Navoiy atau dikenali dalam dunia islam sebagai Al-Khawarizmi.
Iyer.. Pada awalnya lagi kami dah menjangkakan kemungkinan kesusahan dalam membawa mereka travel secara backpack ini. Namun apa yang kami jangkakan hanya 30% dari 100% hahahaa.. Well kids still don't understand lot of things. Especially what happening around them. But syukur we manage to bring them with. And they enjoyed the trip with us.

Jumping around from one country to another country. Crossing border. Bus journey with hoursss. Cuaca yang sejuk yang tiba-tiba jatuh minus degree. The kids always ask the food that the one they want it. Kena dukung bila berjalan jauh luckly we have baby stroller for Afnan that still infant. And sometime Affan also want to sit in stroller. And the kids fighting each other the most often thing we have to face. Tak kisah la dalam flight ke atau dalam bas. 

Rakat Masjid hanya 9 minit berjalan kaki dari Sulton Hostel di Tashkent, Uzbekistan.
But itu semua yang menjadikan perjalanan kami penuh dengan warna warni. Hope one day in future they will remember how struggle me and my wife bring them to travel hahaha.. That belum lagi how struggle we as parent nak amik gambar penuh satu keluarga di tempat-tempat menarik. Most of the time seorang dua memang akan missing dalam gambar. Yang ini merajuk yang itu bergaduh. Yang sorang bad mood la apa la hahahaa.

Apa pun sebenarnya kami dah pun buat persiapan nak bawa the kids backpack. First testing kami bawa mereka backpack ke Singapore selama 3 hari pada Oktober 2023 lepas. Bulan Disember 2023 kami bawa semua backpack ke Pulau Batam, Indonesia. But travel backpack dengan culture dan weather yang tak sama dan trip yang lama memakan lebih dari seminggu aku tak rasa sesuai untuk bawa kids. If trip dalam 4 hari insyallah aku boleh consider untuk bring the kids with.

Air Astana Flight dari Tashkent, Uzbekistan to Almaty, Kazakhstan.
RM1,923.00 for 2 Adult 3 kids 1 infant one way. Price after discount USD83.00.
Somehow we manage to travel from Almaty, Kazakhstan to Bishkek, Kyrgyzstan by bus more than 7 hours journey. And Bishkek to Tashkent, Uzbekistan with night journey bus for 12 hours. And we return back from Tashkent to Almaty with flight operate by Air Astana. Alhamdulillah lot of good thing happen to us yang mana aku tak sabar nak cerita dalam blog ini. Kena scam sekali jer berkenaan accommodation di Tashkent. But Apartment di Almaty dan Bishkek was super duper good with the very helpful and friendly owner.

Magic City in Tashkent - Macam mini Disneyland masuk adalah percuma hanya perlu bayar untuk main game sahaja. Dan semua kedai jenama branded ada di sini.
And aku pun baru sampai rumah ni, mood nak update blog masih di awang-awangan lagi hihii.. Tunggu lah aku update story untuk 3 negara di Central Asia ni. Cerita Umrah pun masih ada berbaki few entry. Dan cerita di Bali pun tak sentuh lagi ni. Yang tunggu cerita Perth, Australia dengan Xian, China tu tunggu jer lah hahaha.. tak boleh nak janji apa-apa lagi sekarang ni :D

Apa pun sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah - Mohon Maaf Zahir Dan Batin buat semua rakan blogger dan pembaca blog ini. :D

Wednesday 10 April 2024

Salam Perantauan Aidilfitri Untuk Semua Dari Kyrgyzstan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah dah Raya kita akhirnya setelah sebulan berpuasa. Inilah masanya untuk kita meraikan kejayaan atas kemenangan kita sebagai umat islam dalam menempuh ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini.

Pemandangan dari tingkat flight Airasia dua jam sebelum sampai di Almaty, Kazakhstan.
Raya tahun semua balik mana? Ada yang terpaksa menempuh jalan jem berjam-jam nak balik kampung. Apa pun itulah asam garam adatnya nak meraikan Hari Raya Aidilfitri kan? Kalau semuanya baik maka tak meriah pula sambutan raya nya hihi. Nanti wartawan pun tak tahu nak update dalam berita mereka. 

Alhamdulillah aku sekeluarga menyambut Raya Aidilfitri kali ini di Bishkek, Kyrgyzstan. Hurmm mungkin ada yang bertanya kenapa raya di Kyrgyzstan? Jawapan paling mudah adalah salah Airasia.. Yer mereka lah yang bersalah kali ini sampai aku dan keluarga beraya di Kyrgyzstan hahahaa.. Boleh tak macam tu?

Ni kot promo yang aku dapat tempoh hari masa bulan Februari 2024. RM99 one way.
Asalnya masa aku dengan wife ke Bali di pertengah bulan Februari yang lepas. Empat hari sebelum terbang aku nak check in tiket ke Bali tapi sementara tunggu wife amik passport dalam bilik aku saja-saja lah search flight tiket ke Almaty, Kazakhstan sebab itu kan new route Airasia. Saja nak tengok harga berapa. Sekali bila keluar result untuk return tiket seorang adalah RM927.00 .. Aku pun "Eh hari tu check RM3-4 ribu untuk return tiket" 

Ini promo dari Airasia masa hujung tahun lepas RM399 one way KL-Almaty.
Bila wife datang bagi passport aku kata "Awak amik passport anak-anak sekali la". Wife terus tanya "Kenapa nak passport anak-anak ?" aku pun tunjuk di skrin laptop. Wife pun terkejut. Bila aku tukar result kepada 2 Adult 3 Kid dan 1 Infant untuk kami sekeluarga total harga jadi RM4,935.00 untuk return tiket Kuala Lumpur - Almaty, Kazakhstan.

Arbat G Almaty - Kawasan shopping pejalan kaki paling popular di Almaty, Kazakhstan.
Central Mosque Almaty - Antara masjid yang ada di tengah-tengah Bandar.
Ni harga masa mula-mula Airasia buka route ke Almaty. Return tiket mencecah RM3k - 4k.
Aku terus whatsapp group family aku dan wife terus whatsapp group family dia sebab somehow raya kali turn balik beraya ke rumah mak aku so on my wife side tak menjadi isu sangat. Abang dengan Kakak aku kata raya kali akan beraya rumah mak bukan rumah mertua. Dan adik aku pun akan balik beraya rumah mak pada hari raya ketiga. So cantik la tu kiranya 3 orang anak ada seorang jer tak ada hahahaha :D

Melepasi Border Kazakhstan menuju ke Border Kyrgyzstan.

Kami terpaksa pilih waktu terbang pada waktu hari raya sebab nak kan cuti yang panjang tanpa perlu apply cuti di lain waktu yang tak mudah untuk diluluskan. Sebab hari raya management dah tahu mesti nak cuti beraya kan. Dan 3 orang anak dah bersekolah tahun 2024 ni nak ponteng pun tak boleh sesuka hati. So the only best time nak ke Almaty adalah waktu cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pemandangan dari Apartment di Bishkek, Kyrgyzstan.
So itulah ceritanya kenapa aku boleh berada di Bishkek, Kyrgyzstan beraya di sini. Tapi kenapa Kyrgyzstan bukan ke Airasia fligth ke Almaty, Kazakhstan? Sebab dari Almaty ke Bishkek jaraknya tak sampai 240km. Maka alang-alang dah ke Almaty kita pergilah sekali ke Bishkek. Dan alhamdulillah cross border antara kedua negara ini tak susah dan keduanya memberi visa percuma kepada pemegang passport Malaysia.

Entry ni aku tulis siap-siap sebelum terbang ke Almaty. Kalau berjaya sampai ke Bishkek, Kyrgyzstan insyallah aku akan update entry ni hihi.. Dan kalau aku berjaya ke Bishkek insyallah akan aku akan teruskan perjalanan ke Tashkent, Uzbekistan pulak. Apa pun demi trip backpackers anak-anak 4 orang ini kitorang kena cut off bajet raya antara nya tiada baju raya baru hahahah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...