Thursday, 13 November 2025

Jumpa Blogger Uncle Gedek Raja Selfie Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Nampaknya rezeki lagi di hari ini apabila temu janji bertemu dengan raja selfie tersohor Malaysia menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah semoga menjadi ukhwah yang kuat sesama kita dalam dunia blogger ini.

Dapat whatsapp dari uncle dan katanya dapat nombor saya dari fanny hari selasa tempoh hari ketika berjumpa di Putrajaya. Terus lah kami berborak dan terus set time nak jumpa bila. 

Dan bila tahu tidaklah jauh mana rumah kami berdua maka dicadangkan minggu depan namun aku berkata kenapa tak petang ini sahaja. Uncle balas pagi esok sarapan sahajalah. Demi untuk tidak membuat uncle menunggu aku hadir 15 minit awal tapi uncle dah pun duduk dengan secawan teh tarik. Uishh lagi awal dia mai rupanya.. 😅

Borak dan berborak hampir 2 jam lebih di sini.

Moga diberi rezeki lagi untuk bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain di lain hari Insyallah. Seronok berborak dengan uncle banyak yang boleh dipelajari ☺️👌🏻. Apa pun wajah uncle nampak jauh lebih muda dari dalam gambar. Very nice and soft spoken person.

Wednesday, 12 November 2025

Sesi Bertemu Pertama Kali Dengan Rakan Blogger Di KLCC

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dari message di Instagram Blogger Fanny dari Indonesia memaklumkan akan berkunjung ke Malaysia pada bulan November ini dan katanya bisa ketemu sekian sekian tarikh jika available. Aku pun okay boleh jer kalau keadaan mengizinkan.

Aku ajak wife untuk ikut sekali sebab kesemuanya blogger wanita dan hanya fanny yang datang bersama suami. Dan akhirnya diberitahu akan bertemu di KLCC. Satu tempat yang aku dah lebih 8 tahun tak jejakkan kaki hihi. Dan akhirnya wife tak boleh ikut sebab ada last minute meeting di office.

Hurmm.. Aku nak drive seorang diri dan parking dalam KLCC tu? Memang tak nampak jalan ke arah tu dan wife kata naik jer lah grab kan senang sebab lunch hour pasti jalan jem dan nak cari parking lagi. Tapi sebab grab pun charge RM33.00 dan aku pun nak ke Serdang dan Cyberjaya selepas perjumpaan tu. Maka kita drive dan tawakkal jer lah.

Tempat pertemuan di O'Briens dan aku paling lewat sampai dalam pukul 1.00 pm sebab setelkan pertukaran anak-anak sekolah pagi ke petang. Dan masa di O"Briens actually aku dah masuk tapi sebab tak confident muka-muka Kak Suzie, Kak Ezna dan Kak Carneyzs termasuklah Fanny dan husband.

Terus aku keluar semula sambil buat kira-kira "Betul lah yang ramai-ramai duduk meja tu". Second time masuk dan terus menuju ke meja dan memberi salam. Dan salam dijawap terus disebut "Afif". Dalam hati "Ok lah betul dah ni tak salah orang hahahaha.."

My first time berjumpa dengan rakan-rakan blogger Kak Suzie, Kak Ezna, Kak Carneyzs dan Fanny. Paling segan aku datang dengan tangan kosong hahahaa.. Kak Ezna bagi perfume kereta dan Fanny bagi macam-macam untuk aku dengan wife. Lepas tu sambung duduk di Nyonya Colors selepas Kak Suzie minta diri nak balik sebab ada kelas katanya.

Di Nyonya Colors, Kak Carneyzs bayarkan semua makanan dan minuman dah la masa tu aku lapar tak makan lagi. Bila ditanya nak bayar balik "Tak apa saya belanja.. Doakan rezeki murah dapat travel selalu macam afif jugak". Insyallah saya doakan sentiasa amin. Berboraklah kami berempat sampailah pukul 3.00 petang sebelum masing-masing meminta diri.

Insyallah nanti ada masa boleh duduk berborak lagi. Bak kata fanny kalau ngobrol sesama teman blogger lebih seronok. Gambar makanan nanti aku ry dapatkan dari blog mereka yang lain. Sebab masa jumpa ni aku blur blur sikit sampai ditanya tak nak amik gambar makanan ke hahaha :P

Monday, 10 November 2025

Maldives Part 5 : Package Trip Nurse Shark Berharga USD40.00 Yang Menipu

Assalamualaikum Dan Salam Satu Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Maldives Part 4 : Check-In 3D2N at Whiteshell Hotel in Maafushi Island

Seawal subuh kami bangun sebab kedengaran azan yang jelas dari bilik tidur kami. Breakfast pagi ini kami makan dari apa yang dibawa. Dan keluar seawal jam 8.30 pagi menuju ke tempat berkumpul untuk Trip Nurse Shark pagi ini.

Kata dari tour agent kumpulan kami kecil tak sampai 10 orang dan akan bertolak jam 9.00 pagi tapi 9.45 pagi baru kami bergerak dari tempat berkumpul menuju ke boat. Dan bila sampai di boat rupanya jumlah peserta melebihi 20 orang.

Menikmati pemandangan matahari terbit di pantai selepas solat subuh di hotel.
Dan bukan boat kecil yang laju tapi boat besar yang slow macam public ferry semalam. Time ni memang dah mula naik angin dan bila dapat tahu perserta lain bayar USD20.00 sahaja berbanding kami yang bayar dua kali ganda. Dan ada yang inform kami kalau USD40.00 tu naik speed boat bukan boat besar yang slow macam ni.

Kami sampai awal tapi pukul 8.45 pagi namun hanya pukul 9.50 pagi baru bergerak ke bot.
Keadaan di dalam bot besar tak sama seperti apa yang dijanjikan. Small group dan speed bot.
Perjalanan menuju ke tempat untuk snorkeling dengan shark pun mengambil masa sejam. Dan ketika ini boleh lihat beberapa boat lain dibawa dengan laju memotong boat besar kami. Menyesal sebab semalam tak survey betul-betul.

Pemandangan Pulau Maafushi selepas bot meninggalkan jeti.
Hotel kami terletak di sebelah kiri pulau. Banyak bangunan masih dalam pembinaan.
Dalam perjalanan ke tempat shark, rezeki kami dapat lihat ikan lumba-lumba yang datang mengejar dan bermain-main di sekitar boat kami. Sebab tu dalam package Lucky Dolphin Watching. Kira ikut nasib la kalau ada untung dapat tengok gitu.

Ikan Lumba-Lumba datang mengejar dan bermain di sekeliling bot.
Dan bot pun berhenti untuk bagi semua peluang melihat ikan lumba-lumba.
Ketika tiba di tempat snorkeling kelihatan pekerja bot mula menabur makanan di belakang bot untuk menarik ikan-ikan jerung datang menghampiri bot. Dan boleh lihat pelbagai jenis lain juga seperti ikan pari yang besar dan pelbagai ikan yang berwarna-warni datang menghampiri.

Hanya aku dengan Ust Anas yang terjun sebab wife dah mabuk laut sampai muntah-muntah. Cikgu Hani pulak kalau wife aku tak turun dia pun tak turun. Sudahnya yang terjun masuk air bagai sampai lupa masing-masing ada bini ialah aku dengan ustaz anas hahahaa.

Selepas sejam perjalanan kami tiba di kawasan snorkeling with Shark.
Shark yang sentiasa menanti sesiapa sahaja yang turun dari bot. 
Kami spend time hampir sejam di sini dan kemudian kami bergerak ke next destination iaitu ke Pulau Gulhi yang hanya bersebelahan dengan Pulau Maafushi. Maka ia mengambil masa sejam untuk sampai. Masa ni terasa hampir 3 jam lebih masa kami terbuang begitu sahaja dan dicampur hampir sejam kami disidai sebelum menaiki bot.

Kalau naik boat laju dari Maafushi ke tempat Shark tak smapai 15 minit pun. Dan ketika perjalanan ke Pulau Gulhi kami diberi pack makanan lunch iaitu Nasi Putih Basmati bersama kari ayam dan air mineral seorang sebotol. Oh ya dalam boat kami ini ada satu toilet disediakan di bahagian bawah boat. Kami hanya tahu selepas selesai snorkeling dengan shark tadi.

Wife dan mabuk campur pening dan mula berangin hahaa. Biarkan jangan ditegur :D
Yang tak mabuk laut dan tak pening moh ler kita terjun main dengan jerung dan pari.
Time ni hanya aku yang mampu makan pack lunch tu yang lain tak lalu sebab mabuk laut dan ditambah dengan keadaan boat yang bergoyang ke kiri ke kanan. Kari ayam dapat 3 ketul kecil memang tak cukup dengan nasi yang banyak tu. Nasib kami ada bawa pack rendang ayam dan pack sambal belacan brand Nureys yang boleh hilangkan mabuk laut. 😅

Pack lunch kami - Nasi Putih Basmati dengan Kari Ayam (kot).
Kami semua tertidur dalam perjalanan ke Gulhi. Dan terjaga bila hampir sampai dan tiba-tiba diberitahu kami hanya diberi masa 45 minit sahaja untuk kembali semula ke boat. Dan masa sampai di jeti hujan renyai tapi disebabkan pakaian kami memang dah basah selepas snorkeling tadi so redah je la. 

On the way balik tu kami pindah duduk tingkat atas bot. Wife kata sini kurang mabuk.
Keadaan langit yang sesekali mendung ketika dalam perjalanan pulang.
Memang seronok duduk atas ni sebab berangin berbanding di bawah yang panas.
Alhamdulillah tak lama dan kami berjalan menuju ke arah pantai di belakang pantai. Dan di sini ketegori pantai bikini tidak seperti di Maafushi. Dan di sini juga terdapat pasar yang menjual pelbagai souvenir dan semua orang yang berniaga adalah beragama islam. Maka aku sarankan kalau datang belilah something demi support ekonomi dan kehidupan mereka.

Welcome to Gulhi Island - Pulau ke-4 kami jejak di Maldives.
Sini tak ramai sangat tourist dan pantai dia lebih cantik dari Maafushi.
Persekitaran air pantai yang jernih, bersih, dan kebiruan di sini.
Pulau Gulhi adalah sebuah pulau kecil di Maldives yang terkenal dengan pantainya yang indah dan airnya yang jernih. Ia merupakan sebahagian dari gugusan pulau di Atol Kaafu dan ia terletak berdekatan atau bersebelahan dengan Pulau Maafushi dan kira-kira 21 km dari Male. 

Pulau ini sesuai untuk pelancong yang mencari pengalaman percutian tempatan yang damai, menawarkan pantai khusus untuk pelancong (bikini beach). Dan ia sangat mudah diakses dari Male melalui feri awam atau speedboat - Google.

Kami berehat sambil makan pack lunch yang diberi di atas bot tadi.
Tak sampai 5 minit kami berjalan, hujan pun berhenti dan secara tiba-tiba matahari keluar dengan memancarkan sinaran yang panas. Disebabkan yang lain belum makan dan mula kelaparan maka kami duduk di bawah teduhan pokok menikmati pack lunch yang diberi tadi sambil ditemani ketam-ketam yang main keluar masuk dari satu lubang ke lubang yang lain.

Selesai di Gulhi kami pulang ke boat dan terus dibawa ke Coral Garden untuk aktiviti terakhir iaitu snorkeling melihat keindahan coral yang banyak dan berwarna-warni. Tapi aku rasa macam tak sesuai nak snorkeling pada masa tu sebab keadaan coral yang terlalu dalam dan arus dalam air yang kuat. Serious memang struggle nak snorkeling kat situ.

Pasar seperti free market yang tiada di Maafushi.
Menjual pelbagai souvenir dari barangan kraftangan sehinggalah pakaian.
Agak mahal harganya tapi kita beli satu dua FM untuk bantu ekonomi mereka.
Tapi masa ni aku ajak juga wife untuk terjun sebab tadi dia tak terjun masa dengan shark tadi. Dah la bayar mahal campur kena scam lagi. Dan aku kata kita terjun jer sebab ni dah on the way balik ke jeti. Kalau mabuk atau pening kepala layan dalam bilik hotel sahaja 😅. Since kita memang tak ada apa-apa plan nak buat petang nanti.

Keadaan struggle seorang isteri hahahaa. Alhamdulillah dapat juga terjun dari bot yer.
Untuk gambar dalam air keindahan Coral Garden tu nanti tunggu Ustaz Anas kasi gambar dengan video haha. Sebab dia pakai iPhone boleh masuk dalam air. Kita pakai handphone brand china jer. Tunggulah next entry aku upload video pulak.

Selesai snorkeling di Coral Garden kami terus menuju pulang. Dan aku pun tanyalah bukan ada satu lagi tempat ke Sand Bank. Orang boat kata tak boleh pergi sebab air pasang dan sand bank hanya boleh pergi waktu air surat sahaja. k fine..!!

Sesiapa yang ke Maafushi jangan beli package dengan muka-muka penipu ini.
Sampai di jeti kami terus pulang ke hotel dan perlu kembali semula ke booth jualan package malam nanti untuk mengambil gambar dan video yang diambil oleh orang bot sepanjang trip tadi. Dan aku baru tahu mereka tiada bot sendiri seperti company lain yang menjual package dan mengurus sendiri trip berkenaan dengan bot mereka sendiri.

Mereka hanya seperti ulat yang menjual package dari company lain. Tiada istilah small group, speed boat dan sebagainya. Dah la sidai sejam sebelum naik bot. Bila aku tanya kenapa tipu? Jawapan dia "What u want to do? What can u do?" Dan aku reply i will do whatever i can. Sambil aku bagitau tourist lain yang datang di booth mereka yang mereka ni menipu.

Bersambung Maldives Part 6 : (Under Construction)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...